Friday, September 20, 2013

Tunggu buah anggur tumbuh

Dah habis dah projek , so sekarang den menganggur macam tanam buah anggur kat rumah flat campak biji anggur kat tepi tingkap pastu tuang air milo basi dengan harapan milo tu kena biji anggur tu dan pokok anggur nanti tumbuh menjalar sampai kat bilik pastu kuar buah petik je kt tepi tingkap makan ada rasa anggur campo milo.Memang genius!

Dalam masa sebulan menganggur nih aktiviti harian aku adalah tido, bangun makan main candy crush, tengok muvie, tengok katun adventure time dan semua katun2 yang terlintas kat depan mata masa klik2 mouse,tengok korea habiskan 20 episod dalam masa 3 hari, tido lagi bangun dan berulang2 sampai sakit tengkuk sebab tido salah bantal. Dah tido sakit salahkan bantal.Haaaahaha. Tiba2 je dah baik tengkuk aku, tak perasan bila baik. Sebab aku x dongak seharian, tiba2 malam tu dah baik. Penangan menganggur. Hari2 tengok mudah.my cari bf untuk kucing aku. Tapi mahal gila nak kasi mating serviskan kucing. Sian kucing... Tsk tsk tsk..

Dah masuk bulan ke dua menganggur dah start rasa tak guna.. Duduk rumah tak keluar smpai habis makanan baru keluar cari barang kat Tesco Ampang, tu pon kalau rasa rajin. Kadang2 dah siap2 dh nk keluar tapi malas datang cakap xyah la kuar xyah la,duduk jela rumah, aku pon tuka baju duduk depan pc smpai malam.Bahaya betul menganggur, boleh jadi zombi.
Continue Reading

Jerawat Bersiar-siar

Berketul-ketul jerawat macam tengah bersiar-siar dengan happy nya kat dahi, pipi n leher aku. Rasa macam nak tonyoh pakai kertas pasir.Saiz dia kecik besar kecik besar memang annoying gila lah. Tapi kini tidak lagi dengan adanya kosmetik. Ecewahh dah pandai pakai kosmetik. Uhukuhuk hehe hohohoho nggguaaaahahahaha hukhukhuk. Selalu aku memang tak langsung nak percaya kosmetik2 nih, sebab aku rasa semuanya macam enhance kan jerawat aku untuk membiak, memang tak dengar cakap langsung jerawat nih. Ska hati dia je nak tumbuh kat mana2 bila2 masa. Sejak memakai produk kecantikan kini wajah saya selembut kulit bontot bayi yang baru di cebok oleh mummynya dan di wipe pakai baby wipe sehingga wangi dan berseri seri. Weeeeeeeeee
Continue Reading

Thursday, January 17, 2013

Letih macam ulat

Saya dah pindah Melaka, jadi orang Melaka la pulak noo.Projek yang saya join sudah sepenuhnya di Melaka, so daripada duduk macam ulat gemok di office KL adalah lebih baik saya menggunakan kudrat yang ada selagi boleh untuk mencari rezeki yang halal. aminnnnnn

Mulanya kena duduk office je kat sungai udang, so macam relex sikit hari-hari pon nk berjalan je dengan Aqah kawan saya yang dah kena transfer awal dulu dari saya, lepas tu kena pindah duduk offshore, base offshore tapi balik hari, idak ler teman nk duduk kat barge yang penuh ngan kaum tak sejenis tu. So hari2 ulang alik naik ferry pegi platform. Mandi wangi2, naik ferry smpai platform peluh2 bau bangla. pffftttttt rugi je mandi wangi2. Ferry memang penuh dengan bangla ler yang kerja kat platform hari2 pon turun. Pegi kerja masing2 x rush pulak, time nk balik berebut2 macam lalat hurung tahi atau semut hurung gula atau ulat hurung sampah? macam orang kebuluran yang berebut seketul ayam goreng KFC dapat jilat sikit pon cukup lah. Tolak sana sini, rimas saya. Nasi baik saya ada priority boleh duduk dekat kapten bawak ferry sebab ngeri nk duduk ngan bangla. Takutttt. Bukan racist ok! tapi mungkin ada sikit kot. hehe

Sebenarnya boleh je saya balik awal hari2 naik bot pukul 5, tapi awal sangat lah plak kalu balik pkul 5. So terpaksa lah naik ferry gak. Kalau nk naik ferry kena datang sebelum pukul 7. hari2 lah saya lambat. wakaka
so saya naik bot pukul 8. Ada bot rupanya, bila dh taw memang hari2 datang pukul 8 lah elakkan berebut. Sebab dah serik tersekat tengah2 bangla yang ramai gila dengan bermacam2 bau bauan yang pelik2 tetapi benar tulah. Satu baris panjang yang kt hujung x pack so saya ingat boleh la saya mencelah masuk tengah2 pasal nak pegi depan skali,sekali jalan2 smpai kt tengah makin sempit pastu dengan ramai nk mati lelaki yang dok cakap apetah jerit2 depan muka saya mcm xde moral, moral down?betul eh? macam takda sivik bak kata sorang pakcik yang marah kakak saya sebab x layan dia tanya banyak n kakak saya blah macam tu je. Ok kakak saya memang macam tu. Lagi sikit je saya nak berjaya sampai ke depan, sikit je lagi, memang sikit lah mcm lagi 10 meter je nk sampai, tapi sempit gila, pastu muka saya dah panasss panas smua, sempit nk mati memang mintak nyawa lebih je, dengan geli berhimpit bangla. Lepastu tak berjaya.... cisss. last2 abang security yang pergi sea survival course dengan saya tu datang berhimpit gak bawak saya keluar dari dalam tin sardin manusia tu. fuhh selamat..

Balik hotel, tido terbongkang macam ulat gemok letih makan sampah. 

ok bye.


Continue Reading