Friday, September 20, 2013

Tunggu buah anggur tumbuh

Dah habis dah projek , so sekarang den menganggur macam tanam buah anggur kat rumah flat campak biji anggur kat tepi tingkap pastu tuang air milo basi dengan harapan milo tu kena biji anggur tu dan pokok anggur nanti tumbuh menjalar sampai kat bilik pastu kuar buah petik je kt tepi tingkap makan ada rasa anggur campo milo.Memang genius!

Dalam masa sebulan menganggur nih aktiviti harian aku adalah tido, bangun makan main candy crush, tengok muvie, tengok katun adventure time dan semua katun2 yang terlintas kat depan mata masa klik2 mouse,tengok korea habiskan 20 episod dalam masa 3 hari, tido lagi bangun dan berulang2 sampai sakit tengkuk sebab tido salah bantal. Dah tido sakit salahkan bantal.Haaaahaha. Tiba2 je dah baik tengkuk aku, tak perasan bila baik. Sebab aku x dongak seharian, tiba2 malam tu dah baik. Penangan menganggur. Hari2 tengok mudah.my cari bf untuk kucing aku. Tapi mahal gila nak kasi mating serviskan kucing. Sian kucing... Tsk tsk tsk..

Dah masuk bulan ke dua menganggur dah start rasa tak guna.. Duduk rumah tak keluar smpai habis makanan baru keluar cari barang kat Tesco Ampang, tu pon kalau rasa rajin. Kadang2 dah siap2 dh nk keluar tapi malas datang cakap xyah la kuar xyah la,duduk jela rumah, aku pon tuka baju duduk depan pc smpai malam.Bahaya betul menganggur, boleh jadi zombi.
Next
This is the most recent post.
Older Post